Islamic – Daripada ‘Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata

t.me/AsywaqRasul/4169

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Daripada ‘Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang penyakit ta’un lalu baginda menceritakan kepadaku bahawa penyakit itu adalah sejenis siksaan yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi orang yang beriman. Seseorang yang ketika berjangkit penyakit itu, tetap dalam negerinya dengan sabar dan tulus kerana Allah, yakin bahawa tidak akan mengenainya selain apa yang telah ditentukan Allah baginya, maka untuk orang itu pahala seperti pahala orang yang mati syahid”.

[Hadis Riwayat Bukhari]

telegram.me/AsywaqRasul

Leave a comment