222 of 365 ๐ AHAD ๐ 19 ZULHIJJAH 1441H 09 Ogos 2020
Bismillahir Rahmanir Rahiim…
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
ุงูููู ุตูู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุงุตุญุงุจู ูุณูู
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
โโขโขโพโขโโโโขโพโขโขโโขโโโขโขโพโขโโโโขโพโขโขโ
#KitajagaKita..๐
#PrayertoremoveCovid19… ๐ฒ๐พ๐
Paksa Dirimu Mendengar Nasihat
Al Quran itu berisi kandungan yang sarat dengan peringatan-peringatan dan sebahagian yang lainnya adalah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman.
Lalu, sebagai seorang Muslim dan beriman kepada ayat-ayat suci Al Quran, sudah pastilah wajib ke atas kita mengimani keseluruhan isi kandungannya “regardless” hati kita suka atau pun tidak terhadap isinya.
Mana boleh kita hanya ingin mendengar perihal syurga sahaja lalu mengenepikan perihal azab neraka yang terkandung di dalam Al Quran.
Umpama kita berusaha keras untuk mendapatkan syurga, tetapi pada masa yang sama membiarkan sahaja dosa dan azab yang mengancam diri dibiarkan tidak dibersihkan!
Begitulah juga halnya ketika kita diberi nasihat yang baik, lebih lebih lagi berkaitan hukum hakam agama. Adakalanya nasihat yang kita dengari adalah berkenaan hukum hakam yang kita tidak gemar untuk mendengarnya. Pantas kita pun menolak dan “buat-buat pekak” terhadap nasihat tersebut.
Sebagai seorang Muslim, nasihat yang baik yang kita dengari sama ada ianya kita gemari ataupun tidak, maka terimalah dengan hati yang terbuka.
Sekiranya hati kita memberontak serta membenci nasihat yang baik yang kita dengari, maka periksalah hati itu. Barangkali telah lama ia “sakit” dan perlu diubati.
“Tak perlu sembanglah” nak berusaha memperbaiki diri sekiranya kita hanya memilih untuk mendengar dan menerima nasihat yang kita gemari sahaja dan menolak nasihat yang lainnya dek kerana kita tidak menggemarinya.
Seseorang yang tidak mahu mendengar dan menerima nasihat selain daripada nasihat yang digemarinya ada beberapa faktor dan antaranya adalah ;
โซ Kerana nasihat tersebut akan menyebabkan dia terpaksa meninggalkan sesuatu perbuatan yang disukainya setelah mengetahui perbuatannya itu menyanggahi syarak.
โซ Kerana nasihat tersebut akan memaksa dia melakukan sesuatu yang menyusahkan dirinya sedangkan kebaikan nasihatnya itu hanya akan diperolehi setelah susah payahnya.
โซ Kerana hatinya yang masih dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah seperti sombong dan membangga diri.
Ini sebenarnya berlaku ekoran daripada kurangnya penghayatan terhadap ilmu-ilmu agama yang akhirnya menyebabkan kelesuan iman. Jangan kita terus begitu!
Paksalah diri untuk mendengar dan menghayati nasihat-nasihat yang kita terima sama ada ianya kita gemari ataupun sebaliknya. Usahakan juga untuk melazimi majlis-majlis ilmu yang boleh meningkatkn iman dan melapangkan dada kita.
Jangan biarkan syaitan bersorak kegembiraan melihat kita yang terus menerus berada dilembah kejahilan dan terus begik untuk mendengar nasihat-nasihat yang baik. Kelak kita sendiri yang akan menyesal.
Nabi kata “Agama itu adalah nasihat”. Maka nasihat-nasihat kebaikan adalah sebahagian daripada juzuk agama kita ini. Oleh kerana itu janganlah kita lelah untuk mendengarinya.
Tulisan ini juga merupakan satu nasihat. Maka, diharapkan juga ia memberi kefahaman bagi diri ini dan semua.
Wallahu’alam
โขโโโโโกโโโโโข
ุฑูุจูู ุงุบูููุฑู ูููู ููููููุงููุฏูููู ููุงุฑูุญูู ูููู ูุง ููู ูุง ุฑูุจููููุงูููู ุตูุบูููุฑูุง
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
๐ุณุจุญุงู ุงููู ๐ปุงูุญู ุฏ ููู๐บูุง ุงูู ุฅูุง ุงููู ๐ผุงููู ุงูุจุฑ
@quotephotovideo ๐ธ๐ธ๐ธ
52K605
