AMALAN MURAH REZEKI LEPAS SOLAT JUMAAT :
Selepas daripada memberi salam solat jumaat/solat zohor (bg wanita) , maka ulang doa di bawah sebanyak 70x – 100x :
اللهم يا غني يا حميد يا مبدئ يا معيد يا رحيم يا ودود… أغنني بحلالك عن حرامك وبطاعتك عن معصيتك وبفضلك عمن سواك…
Imam Al Ghazali berkata : barangsiapa yang membaca doa ini selepas solat Jumaat dan rajin beramal dengannya nescaya Allah perkayakannya dari makhluknya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak ia sangkakan…
Berkata Imam As Syarqawi : barangsiapa yang melazimi doa ini sebanyak 4 kali dan selepas Jumaat (yg di atas) maka Allah akan mengkayakannya dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak ia sangkakan, dan diampunkan dosanya yang dahulu dan akan datang, dan dijaga baginya agama dan dunianya serta ahli keluarga dan anak2nya…
doa warid daripada hadis sahih Nabi SAW
** dalam riwayat hadis Imam At Tirmidzi, Nabi SAW menganjurkan supaya diamalkan 7 kali Jumaat sebanyak 100x bacaan doa, maka Allah SWT akan mengkayakan dengan kurniaan dan kemuliaanNya…
Jadi, tunggu lagi ?? Jom amalkan !!!
#ESWFIGHTER
