Islamic – Tazkirah pagi

t.me/zainurrashid/921

Tazkirah pagi,

Ketikamana Kamu memilih untuk taat kepada Allah , ketikamana kamu memilih amal soleh , ketikamana Kamu memilih untuk menjadi hamba Allah , akan datang kepadamu hidayah kedua iaitu hidayah taufiq.

Allah s.w.t akan melapangkan dadamu untuk agama yang hebat ini .

Allah memacu hidupmu untuk mancapai matlamat yang kamu sendiri pilih untuk melakukan amal soleh.

Dialah Allah yang memudahkan lisanmu untuk berdakwah di jalanNya.

Dialah Allah yang memilih untukmu isteri yang solehah yang sentiasa menolongmu dalam urusan agama.

Dialah Allah yang memilih bagimu pekerjaan yang mulia, bersih lagi suci.

Ketikamana kamu memilih untuk taat kepada Allah , akan datang kepadamu hidayah yang kedua iaitu hidayah taufiq.

Firman Allah :

” Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”. (Al-kahfi:13).

(Prof Dr Muhammad Ratib An-Nabulsi).

Kredit terjemahan : U. Zaidi Muji KB

Leave a comment