Health – “Kalau pakai pelitup muka, macam mana nak makan?

t.me/NotaDrKamarul/254

“Kalau pakai pelitup muka, macam mana nak makan?

Memang tak boleh makan jika pakai pelitup muka, tapi kebanyakan masa kita di restoran bukan dihabiskan untuk makan. Menunggu makanan sampai dan berborak yang lama, kan?

Lagipun, lihatlah kes kluster PUI Sivagangga ni. Siapa yang kena? Pemilik restoren jangkiti pekerja dan pelanggan. Pelanggan pula jangkiti ahli keluarrga.

Oleh itu, jika pergi makan di restoran sentiasa:

◾Pakai pelitup muka kecuali ketika makan

◾Fikir apa nak makan baru panggil pelayan

◾Pesan makanan dengan ringkas dan jelas

◾Cuci tangan dengan sabun sebelum makan

◾Selesai makan, cuci tangan dengan sabun

◾Bayar dan terus beredar, tak payah melepak

Pendek kata, patuhi SOP yang digariskan MKN dan kurangkan masa berada di restoran. Lebih elok lagi jika bungkus sahaja makanan, dan kemudian makanlah di rumah. Boleh makan dengan tenang.

Melepak sahajalah dengan kawan-kawan di grup WhatsApp, Telegram, Wechat atau di Facebook, Twitter dan Instagram.

Dr Kamarul Ariffin

t.me/NotaDrKamarul

Leave a comment