www.facebook.com/584333808273694/posts/4513860958654273/
TAZKIRAH JIWA SIRI 1359
CABARAN PEMERINTAHAN ANDALUSIA: PEMERINTAHAN DINASTI MUWAHIDUN
PERANG AL-IQAB @ LAS NAVAS DE TOLOSSA : KESILAPAN STRATEGI (Siri 285)
Pengalaman khalifah An-Nashir Li Dinillah dalam peperangan amat sedikit. Beliau menjadi khalifah pada usia 17 atau 18 tahun. Masalah utama adalah keegoan dan kedegilan beliau mendengar pandangan golongan yang lebih senior. Selain itu beliau amat mempercayai menterinya Abu Sa’mi bin Jami’ yang memberikan nasihat yang salah.
Khalifah An-Nashir Li Dinillah tidak meneliti strategi perang yang pernah dilakukan oleh para khalifah terdahulu ketika berhadapan dengan tentera Kristian sehingga kaum Muslimin mencapai kemenangan. Inilah yang di katakan keegoan dan kedegilan beliau yang sangat ketara. Mungkin faktor tentera Muslimin yang lebih ramai jumlahnya berbanding tentera Kristian setelah sebahagian tentera musuh menarik diri menyebabkan khalifah An-Nashir Li Dinillah yakin pasukannya akan menang mudah dalam pertempuran ini.
Ibnu Abu Za’ra mencatatkan, khalifah An-Nashir Li Dinillah telah menyusun pasukan sukarelawan yang berjumlah 160,000 orang di bahagian hadapan manakala di posisi belakang adalah tentera Muwahidun. Walaupun tidak dinafikan pasukan sukarelawan mempunyai semangat yang tinggi untuk menghadapi pasukan musuh tetapi mereka tidak mempunyai pengalaman dan taktik peperangan.
Sementara itu pasukan tentera Kristian menempatkan pasukan tentera elit di barisan hadapan dalam peperangan ini. Mudah untuk dibuat satu analisis bahawa semangat kepada para tentera amat bergantung kuat dalam pusingan pertama pertempuran. Pasukan elit tentera musuh pastinya mudah menggempur pasukan sukarelawan tentera Muslimin dalam pusingan awal pertempuran.
Seterusnya pasukan tentera Andalusia telah diletakkan pada posisi sebelah kanan. Pasukan tentera Andalusia masih terkesan dengan tindakan khalifah An-Nashir Li Dinillah yang telah menghukum mati panglima perang mereka yang hebat iaitu Abul Hajajj Yusuf bin Qadis. Semangat mereka telah menurun dan rasa dendam terhadap khalifah An-Nashir Li Dinillah masih membara di dalam jiwa mereka.
Kesalahan dalam menyusun strategi perang telah bermula sejak dari awal lagi. Khalifah An-Nashir Li Dinillah mendengar nasihat menterinya Abu Sam’mi bin Jami’ dengan membuat pengepungan terlalu lama sehingga musim bertukar dingin. Ini memberi ruang kepada pihak musuh untuk membuat perancangan dan persiapan yang lebih lengkap. Para tentera Muslimin juga telah lama berada dalam keletihan dan jumlah yang meninggal dunia juga meningkat akibat kesejukan melampau.
Semua isu ini tidak mampu difahami oleh khalifah An-Nashir Li Dinillah kerana keegoannya telah menutup fikirannya. Apakah yang terjadi dalam peperangan ini seterusnya?
Bersambung esok. Insya Allah.
Ustaz Sabir
9hb. Ogos 2020
19 Zulhijjah 1441 H
Rujukan utama Bangkit dan Runtuhnya Andalusia, A History Of The Moslem In Spain, Jejak Sejarah Andalusia, Syurga di Andalusia, Tarikh At-Tabari, Tarikh Khulafa, Tarikh Ibnu Khaldun, Al-Muqaddimah
TAZKIRAH SOUL SERIES 1359
ANDALUSIAN GOVERNMENT CHALLENGE: MUWAHIDUN DINASTY GOVERNMENT
AL-IQAB WAR @ LAS NAVAS DE TOLOSSA: STRATEGY MISTAKE (Series 285)
The experience of khalifah An-Nashir Li Dinillah in very little war. He became caliph at 17 or 18 years old. The main problem is that his selfishness and stubbornness is listening to the views of the senior people. Other than that he trusted his minister Abu Sa ‘mi bin Jami’ who gave the wrong advice.
Khalifah An-Nashir Li Dinillah did not research the war strategy that the previous caliphs had done while facing the Christian army until the Muslims reached victory. This is what his very obvious selfishness and stubbornness said. Probably the factor of the Muslim army which is more total than the Christian army after part of the enemy’s army withdraws causing caliph An-Nashir Li Dinillah to believe his team will win easy in this
Ibn Abu Za ‘ ra recorded, caliph An-Nashir Li Dinillah has arranged a volunteer team of 160,000 people in the front while in the back position was the Muwahidun army. Although it’s undeniable the volunteer team has a high spirit to face enemy teams but they have no experience and tactics of war.
Meanwhile the Christian military forces put the elite military forces in the front row in this war. Easy to make a analysis that the spirit of the army depends strongly in the first round of battle. Enemy military elite forces are definitely easy to fight the Muslim military volunteer team in the early round of battle.
The next Andalusian military forces have been placed on the right side. The Andalusian army team is still impressed with the action of Caliph An-Nashir Li Dinillah who has sentenced their great warlord Abul Hajj Yusuf bin Qadis. Their spirit has gone down and revenge against the caliph An-Nashir Li Dinillah is still burning in their souls.
The mistake in drafting a war strategy has started from the beginning. Khalifah An-Nashir Li Dinillah hears his minister Abu Sam ‘ mi bin Jami’s advice by making siege for too long until the season turns cold. This gives space for enemies to make more complete planning and preparation. The Muslim soldiers have also been in fatigue and the dead amount has also increased due to extreme coldness.
All these issues cannot be understood by Califah An-Nashir Li Dinillah because his selfishness has closed his mind. What’s happening in this war next?
Continue tomorrow. God willing.
Ustaz Sabir
9th. August 2020
19 Zulhijjah 1441 H
Main Reference of Rise and Collapse of Andalusia, A History Of The Moslem In Spain, Andalusia History Trail, Heaven in Andalusia, Date At-Tabari, Date of Khulafa, Date of Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah
