Islamic – TIGA PERKARA DITUNTUT RASULULLAH

🌻Ceria Pagi🌻
Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

TIGA PERKARA DITUNTUT RASULULLAH Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bererti;

“Ada tiga perkara, yang demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya. Bahkan jika aku orang yang suka bersumpah, nescaya aku bersumpah atasnya. Pertama; Sedekah itu tidak mengurangi harta, maka hendaklah kamu bersedekah. Kedua; Tiada memaafkan orang yang menzaliminya kerana hendak menuntut reda Allah Taala, melainkan Allah Taala menambahi ketinggian pada hari akhirat. Ketiga; Tidak membukakan seseorang akan pintu meminta sesuatu kepada seseorang , melainkan Allah Taala akan membukakan pintu kepapaan atasnya.” (HR: al-Tirmidzi). Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian berdasarkan hadis di atas ialah;

  1. Tiga perkara yang perlu diamalkan oleh setiap hamba Allah s.w.t sehinggakan Rasulullah s.a.w ingin bersumpah jika Baginda adalah seorang yang suka bersumpah, menunjukkan perkara tersebut adalah dituntut terhadap umatnya.
  2. Usah ragu ragu untuk bersedekah walaupun dalam kesempitan kerana ia tidak mengurangi harta, bahkan diberikan ganjaran yang lain selain pahala dan bertambah suburnya harta, kesihatan tubuh badan, panjang umur dan hidupnya diberkati Allah s.w.t.
  3. Kita tidak perlu takut dizalimi kerana menuntut keredaan Allah s.w.t. Hal ini demikian kerana Allah Taala akan meninggikan darjat pada hari kiamat seperti membanteras kemungkaran, kemaksiatan sebagainya.
  4. Hendaklah sentiasa berusaha mencari rezeki di muka bumi Allah ini dan jangan hidup meminta-minta.
  5. Sesiapa yang hidup meminta-minta akan terbuka pintu kepapaan kepadanya kerana fikirannya hilang usaha untuk berikhtiar mencari rezeki melainkan hanya meminta-minta.
  6. Hidup kita perlu bantu membantu selagi terdaya dalam ketaatan mematuhi segala perintah Allah s.w.t. Semoga kita dapat amalkan ketiga-tiga perkara di atas agar hidup berada dalam keredaan Allah s.w.t. Sejahtera di dunia dan berbahagia di akhirat.

🌷 والله أعلم🌷

Leave a comment