Islamic – RAHSIA ALLAH AMAT TERSEMBUNYI

🌻Ceria Pagi🌻
Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

RAHSIA ALLAH AMAT TERSEMBUNYI Segala ramalan manusia kadangkala jauh menyimpang daripada kotak akal fikiran manusia. Hal ini demikian kerana manusia meramalkan sesuatu berdasarkan hipotesis dan kajian masa lalu dalam mendepani masa yang akan datang. Ia adalah semata mata berdasarkan pengalaman lampau bersandarkan bukti bukti yang kukuh, maka andaian dibuat berdasarkan teori pengalaman tersebut. Perkara sebegini adalah jauh berbeza dengan keadaan pada zaman anbiya iaitu segala kata kata Rasul dan para Nabi adalah datang daripada wahyu Allah s.w.t semata mata bagi menunjukkan kebesaran Allah s.w.t supaya manusia beroleh pengajaran dan beriman kepadaNya. Misalnya pada zaman Nabi Yusuf a.s, pemerintah Mesir telah bermimpi mengenai alamat bencana akan menimpa negara tersebut dan Nabi Yusuf a.s telah mentafsirkan mimpi itu berdasarkan petunjuk daripada Allah s.w.t dan selepas itu perkara yang dinyatakan oleh Nabi Allah Yusuf a.s adalah benar benar berlaku berikutnya selepas itu. Analogi yang berlaku kini cukup mudah untuk difahami iaitu pakar kaji cuaca meramalkan bahawa tahun tahun mutakhir ini iaitu tahun 2019 dan tahun 2020, kemarau akan berlaku di beberapa kawasan Asia Tenggara. Hal ini menimbulkan keresahan penduduk terutamanya di negara kita kerana kebimbangan akan terjadi kekurangan bekalan air dan catuan air seperti beberpa tahun yang lalu. Seterusnya topik fenomena cuaca iaitu kemarau begitu popular dibicarakan bagi sesetengah subjek sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi di negara kita sehinggakan menjadi tajuk popular soalan ramalan peperiksaan!. Namun keadaan yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu Jun dan Julai biasanya sesetengah tempat berlakunya musim kemarau, tetapi akhir akhir ini berlaku banjir, banjir kilat dan sebagainya. Misalnya pada Jun tahun 1996, kemarau melanda negeri negeri pantai timur seperti negeri Kelantan sehinggakan upacara solat sunat Istisqa diadakan di Padang Dato Perdana untuk memohon turunnya rahmat hujan daripada Allah s.w.t. Demikianlah hebatnya kekuasaan Allah s.w.t yang mengatasi akal manusia buat renungan pada pagi Jumaat penghulu segala hari ini. Semoga setiap perkara yang berlaku mendatangkan keinsafan kepada kita bahawa rahsia Allah s.w.t amat tersembunyi. Semuanya adalah supaya manusia berfikir dan memahami bahawa Dialah Yang Maha Merancang segala galanya!

🌷 والله أعلم🌷

Leave a comment