Islamic

t.me/sumberilmu/30195

CARA MENGGABUNGKAN NIAT SOLAT

– (menurut Madhhab Shāfiʿī):

Tahukah anda bahawa anda boleh menggabungkan niat solat?

Ia mungkin mengelirukan dan ramai sebenarnya tidak mengetahui hal ini.

Di bawah terdapat dua senarai jenis solat. Kami akan menamakan mereka Senarai A [صلاة مقصودة Ṣalāh Maqṣūda] dan Senarai B [صلاة غير مقصودة – Ṣalāh ghayr Maqṣūda] (solat sunnah yang anda boleh gabungkan dengan solat Senarai A [صلاة مقصودة Ṣalāh Maqṣūda] – asalkan anda melakukan niatnya didalam solat sebagai niat yang kedua).

Ketika melakukan niat untuk solat, anda harus mengutamakan niat solat yang pertama didalam Senarai A. Solat-solat ini dinamakan Salāh Maqsūda [صلاة مقصودة Ṣalāh Maqṣūda].

Ianya adalah seperti solat farḍu anda, witr, ḍuḥā dan sebagainya.

Anda boleh mengabungkan niat untuk melakukan solat dalam Senarai A [صلاة مقصودة Ṣalāh Maqṣūda] bersama salah satu solat dalam Senarai B [صلاة غير مقصودة – Ṣalāh ghayr Maqṣūda].

Senarai A – [صلاة مقصودة Ṣalāh Maqṣūda]

Solat-solat ini adalah yang utama didalam niat. Anda boleh menggabungkan salah satu solat Senarai A [صلاة مقصودة Ṣalāh Maqṣūda] dengan salah satu solat didalam Senarai B [صلاة غير مقصودة – Ṣalāh ghayr Maqṣūda], tetapi BUKAN dengan solat lain di dalam Senarai A. (Contohnya, anda tidak boleh mengabungkan solat ‘Asr dan Witr anda).

SENARAI A:

‎صلاة مقصودة – Ṣalāh Maqṣūda

1. Semua solat farḍu. (صلاة الفرائض)

2. Solat sunnah witr (صلاة الوتر)

3. Solat sunnah rawātib – iaitu solat-solat sunnah yang berkaitan dengan solat fardhu (seperti dua rakaat solat sunnah sebelum solat Subuh) (صلاة الرواتب)

4. Solat sunnah Tarāwīh (صلاة التراويح)

5. Solat sunnah Ḍuhā (صلاة الضحى)

6. Solat sunnah Ishrāq; selepas terbitnya matahari (صلاة الإشراق)

7. Kedua-dua solat sunnah gerhana (صلاة الكسوفين)

8. Solat Janāza (صلاة الجنازة)

9. Solat sunnah istisqāʾ (solat sunnah meminta hujan) (صلاة الاستسقاء)

SENARAI B:

‎صلاة غير مقصودة – Ṣalāh ghayr Maqṣūda

1. Solat sunnah tahiyyatul masjid (صلاة تحية المسجد)

2. Solat sunnah istikhāra (صلاة الاستخارة)

3. Solat sunnah Tahajjud (صلاة التهجد)

4. Solat sunnah Hājat (ketika meminta sesuatu hajat) (صلاة الحاجة)

5. Solat sunnah Tawbah (صلاة التوبة)

6. Solat sunnah setelah bernikah (bagi pengantin lelaki sahaja)

7. Solat sunnah sebelum bersafar dan sesudah pulang dari bersafar (صلاة السفر والقدوم من السفر)

8. Solat sunnah setelah wuḍūʾ (صلاة الوضوء)

9. Solat sunnah al-Tasbīh (صلاة التسابيح)

Penjelasan:

Anda boleh menggabungkan sebanyak mana yang anda mahu dari Senarai B [صلاة غير مقصودة – Ṣalāh ghayr Maqṣūda] kedalam solat daripada senarai A [صلاة مقصودة – Ṣalāh Maqṣūda]. Contohnya, anda boleh niyyat untuk melakukan solat sunnah tahajjud, istikhara dan hajat sekaligus.

Tetapi, jika anda ingin mengabungkan solat sunnah dalam Senarai B dengan solat-solat dalam Senarai A, anda harus niatkan solat dalam Senarai A terdahulu. Dan anda hanya boleh memilih satu solat dalam Senarai A untuk digabungkan dengan beberapa solat dalam Senarai B [صلاة مقصودة – Ṣalāh Maqṣūda] yang anda mahu.

Jika anda ingin menggabungkan 2 atau lebih solat, anda harus lakukan sebegini:

Contoh 1:

Seandainya anda ingin menggabungkan niat untuk Solat Ḍuḥā (Senarai A) dengan Istikhārah (Senarai 😎, anda harus niatkan seperti berikut:

“Sahaja aku solat ḍuḥā dua raka’at kerana Allāh (<— niyyat yang pertama) dan mengabungkan ia dengan solat istikhara (<— niyyat yang kedua).”

Contoh 2:

Jika anda ingin mengabungkan solat farḍu ʿAsr anda dengan solat tahiyyatul masjid dan Istikhāra, anda harus niyyatkan seperti berikut:

“Sahaja aku solat fardhu ʿAsr empat raka’at kerana Allāh, dan mengabungkan ia dengan solat sunnah tahiyyatul masjid dan istikhara.”

Secara umumnya:

Niyyat anda harus mengutamakan dan mendahulukan solat didalam Senarai A.

Contohnya, anda TIDAK BOLEH melakukan niat: “Sahaja aku solat Istikhara dan mengabungkan ia dengan ’Isha.”

Tetapi anda harus niatkan: “Sahaja aku solat fardhu ʿIshāʾ empat rakaʿat kerana Allāh, dan mengabungkan ia dengan solat sunnah Istikhāra.

Juga, anda tidak boleh menggabungkan dua solat daripada senarai A.

📌📌📌

@Sumberilmu

Leave a comment