Islamic – Al Allamah Kiyai Salleh Selempang Merah ( 1916 – 1959 )

*Al Allamah Kiyai Salleh Selempang Merah ( 1916 – 1959 )*

Pendekar sufi yang mahsyur di Johor ini lahir di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar , Johor . Nama penuhnya ialah Kiyai Haji Mohd Salleh Bin Abdul Karim.

Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru. Diantaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Hussein – Belajar agama dan al Quran

2. Tuan Guru Haji Alias

3. Tuan Guru Haji Adam

4. Tuan Guru Haji Ahmad

5. Tuan Guru Haji Abdul Fadhil Bin Abu Bakar Benten – Wirid Khaujakan

Beliau merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia Ke2.

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Kiyai Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu kubu Askar Bintang Tiga .

Pernah diriwayatkan beberapa kisah karomah Kiyai Salleh . Diantara yang mahsyur ialah pada suatu hari, pihak Komunis Bintang Tiga pernah melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menghala menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukannya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Kegagahan dan keberanian, Kiyai Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Kiyai Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 43 tahun di Hospital Johor Bahru .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

#KenaliUlamak

Leave a comment