1️⃣6️⃣ Zulkaedah 1441H
8️⃣hb/07/2020M
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
*JANGANLAH BERCAKAP DUSTA DIANTARA SESAMA KITA*
Orang yang suka berdusta sukar mengekalkan hubungan persahabatan kerana hilangnya kepercayaan orang lain pada dirinya. Lidah yang gemar berdusta merupakan salah satu gangguan dalam membina hubungan. Abdullah bin Amru menceritakan.
ﺇِﻥَّ ﺭَﺟُﻠًﺎ ﺳَﺄَﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺃَﻱُّ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻗَﺎﻝَ ﻣَﻦْ ﺳَﻠِﻢَ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤُﻮﻥَ ﻣِﻦْ ﻟِﺴَﺎﻧِﻪِ ﻭَﻳَﺪِﻩِ
Ertinya:
Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, “Muslim yang bagaimana yang paling baik? Baginda menjawab, Iaitu seorang muslim yang orang lain merasa aman dari gangguan lisan dan tangannya.
(HR Muslim)
@islamitu_indah
