Other’s – Pilih Pemimpin Muslim Berwibawa

t.me/zainurrashid/853

Pilih Pemimpin Muslim Berwibawa

Tiada siapa menafikan bahawa negara sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan politik.

Andainya krisis ini berpanjangan tanpa bertemu jalan keluar, maka PRU15 adalah suatu yang hampir sukar untuk dielakkan. Kalau pun tidak pada akhir tahun 2020 atau awal 2021, tarikh yang paling lewat adalah Mei 2023.

Saya bersedia membawa diri saya keluar daripada kepompong politik kepartian dengan harapan bahawa pemimpin Muslim Berwibawa akan mendominasi tunjang kepimpimpinan politik negara.

Kita perlukan pemimpin yang amanah dan kompeten, bebas dari rasuah dan politik kronism. Bebas daripada pendokong agenda liberal Barat, evangelis, komunis, syiah dan pemimpin yang tidak patriotik.

Untuk jangka pendek dan jangka panjang, Malaysia perlu mengangkat lebih ramai pemimpin pelapis yang kompeten bagi menggantikan old-timers yang perlu berehat dari politik negara.

Percayalah, kita masih punyai masa depan yang baik, bahkan gemilang andainya rakyat bersedia untuk mendokong agenda perubahan demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Ikuti perkongsian di

[ t.me/zainurrashid ]

Leave a comment