Other’s – DAP kata, kes Jata Negara ini isu kecil.

t.me/zainurrashid/855

DAP kata, kes Jata Negara ini isu kecil.

Begitulah pendirian parti yang kononnya mendokong Perlembagaan negara. Manis hanya dimulut, jahat dalam tindakan.

Ada di kalangan YB mereka (RL) yang sertai perhimpunan bekas komunis.

Ada di kalangan YB mereka yang kata bahawa Melayu itu pendatang (KS).

Ada di kalangan hartawan penaja mereka yang perlekeh bahawa ATM hanya makan tidur.

Ada di kalangan YB mereka yang cadang agar ditubuhkan kedutaan Malaysia di israel

Ada di kalangan YB mereka yang kata bahawa MPAJA / komunis adalah pejuang kemerdekaan.

Ada di kalangan YB mereka yang mahukan undang-undang murtad dibenarkan.

Saya tidak kata bahawa MCA lebih baik dengan seruan tolak jawi, seruan pengiktirafan UEC, pemerkasaan vernakular dan tolak pemerkasaan syariah untuk umat Islam.

Mereka saling bekerjasama tetapi pemimpin Melayu juga yang selalu tertipu, mahu pun ‘termakan budi’ akibat fulus yang disuap.

Jata Negara: DAP sifatkan ia isu kecil, jangan terlalu sensitif

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

Leave a comment