πΈππΈππΈππΈππΈππΈππΈππΈππΈπ
π»Ceria Pagiπ»
Assalamualaikum dan Selamat Pagi..Salam Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, kita masih diberikan kekuatan untuk bernafas dan menghirup udara segar kurniaan Allah s.w.t pada pagi ini. Semoga kita sentiasa dijauhkan segala musibah yang tidak diinginkan dan setiap kali ditimpa musibah kita dikehendaki menyebut _”Innalillah Wainna Ilaihi Raaji’un…”_ seperti yang difrimankan dalam surah Al Baqarah ayat 156 yang bererti;
*_”SESUNGGUHNYA KAMI KEPUNYAAN ALLAH DAN KEPADA ALLAH KAMI DIKEMBALIKAN!”_*
Kita juga sering mengucapkan, _*”Hidup kita untuk Allah.”*_
Namun seharusnya kita tidak lupa dan perlu sentiasa juga menyebut bahawa,
_*”KITA BERASAL DARI SYURGA DAN SEBAIK-BAIKNYA KE SYURGA JUGA KITA KEMBALI.”*_
Setiap hari sekurang kurangnya tujuh belas kali kita memohon ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang diredai. *_Mudah mudahan kita ditemukan jalan tersebut untuk kembali ke tempat asalnya kita._*
π· ΩΨ§ΩΩΩ Ψ£ΨΉΩΩ π·
