Minyak Zaitun adalah minyak sihat yang perlu di ambil setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik
Minyak Zaitun extra virgin adalah minyak yang didapati dari perahan pertama buah zaitun, minyak tetapi ia mudah rosak jika di simpan terlalu lama
Tetapi kualiti minyak zaitun extra virgin yang di ambil perlu kita ketahui
Minyak zaitun extra virgin akan rosak akibat 4 faktor ini..
1. Cahaya
Pendedahan kepada cahaya matahari secara terus dan berterusan akan merosakkan anti oksidan dalam minyak zaitun extra virgin itu..
Oleh kerana itu adalah penting minyak zaitun extra virgin di letakkan dalam botol GELAP untuk menjaga kualitinya lebih lama
2. Oksigen
Pendedahan kepada oksigen perlu di kawal oleh itu minyak zaitun yang berkualiti tinggi akan di tambahkan gas nitrogen didalam botolnya dan ini akan menjaga kualiti nya semasa dalam simpanan untuk mengelakkan pengoksidaan anti oksidan dalam minyak zaitun
3. Suhu
Minyak zaitun extra virgin akan rosak jika di simpan dalam tempat yang panas. Suhu optimum untuk simpanan minyak zaitun adalah diantara 60 hingga 72 darjah Ferenheit ( 16 hingga 23 darjah Selsius) .Pendedahan kepada kepanasan secara berterusan akan menyebabkan rasanya berubah
4. Masa
Tempoh masa untuk penggunaan minyak zaitun selepas di botolkan adalah di antara 18 ke 24 bulan. Selepas botol di buka minyak zaitun perlu digunakan dalam tempoh 30 ke 60 hari selepas itu khasiat nya akan berkurangan.
Pastikan anda menggunakan minyak zaitun extra virgin secepat mungkin selepas di buka botol nya dan juga belilah minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi dalam botol gelap.. insyaallah
#drnorman #infosihat #minyakzaitunextravirgin #oliveoilextravirgin

t.me/drnormannorawi/194