Ratusan penduduk Palestin di kota Yafa memprotes tindakan Israel memusnahkan tanah perkuburan Islam yang bersejarah.
Para penduduk menunaikan solat Jumaat dan memulakan perarakan mengutuk keputusan Israel untuk memusnahkan Tanah Perkuburan Islam Al-Isaaf yang terletak di utara bandar Yafa.
Pada hari Isnin yang lepas, tanah perkuburan tersebut mula dimusnahkan mereka (Israel) sebagai persiapan untuk membina projek perumahan Israel yang baru.
Berlaku pertempuran antara para penduduk setempat dengan polis Israel yang berkawal di tanah tersebut. Gas pemedih mata digunakan terhadap mereka.
Sheikh Ekrema Sabri, imam Masjid Al-Aqsa, yang telah dilarang oleh penjajah Israel daripada memasuki Al-Aqsa, menyampaikan khutbah Jumaat.
Dia menyampaikan bahawa penggalian kubur amatlah dilarang dalam Islam bagi menjaga maruah si mati dan menekankan bahawa tanah perkuburan itu adalah tanah wakaf Islam yang dimiliki oleh umat Islam.
“Kami meminta kalian untuk melindunginya. Mempertahankan tanah perkuburan tersebut adalah mempertahankankan tanah, dan mempertahankan si mati adalah mempertahankan hak yang sah.”
Sabri berharap agar tanah perkuburan itu dilindungi oleh Allah, bukan dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB atau masyarakat antarabangsa.
Sejak zaman Uthmaniyyah, Tanah Perkuburan Al-Isaaf merangkumi ratusan pengebumian umat Islam yang dikebumikan di sana sebelum penjajahan Israel di kota itu pada tahun 1948.
#FreeGaza
#FreePalestine
#CGM













