Other’s – Bagai kaduk naik junjung

t.me/zainurrashid/842

Bagai kaduk naik junjung

Pemimpin DAP yang rasis ini terus menerus mengeluarkan kenyataan yang biadap selain mengapi-apikan semangat perkauman.

Belum pun kes Adib selesai, Ramasamy dan pemimpin yang seangkatan dengannya terus menerus mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pihak berkuasa tempatan yang meruntuhkan kuil-kuil yang dibina secara haram sebagai tindakan pemimpin kerajaan Melayu yang rasis.

Tidakkah dia tahu bahawa di sana sini di seluruh negara ada ribuan, malahan puluhan ribu kuil Hindu yang dibina merata-rata tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Tidakkah dia sedar bahawa rakyat Malaysia yang beragama Hindu jumlahnya tidak lebih daripada 2 juta orang (7 %) tetapi kuil Hindu adalah rumah ibadat yang paling banyak di Malaysia?

Namun P Ramasamy dan rakannya terus berdegil mempertahankan kuil yang dibina secara haram ini, malahan menuduh kerajaan memerintah sebagai rasis atau perkauman.

Ramasamy cetus kontroversi, pertahan kuil-kuil haram dibina tanpa permit

Leave a comment