Islamic – Cara Minum Rasulullah ﷺ

t.me/hijrahpendosa/12444

Telegram.me/hijrahpendosa

بسم الله الرحمن الرحيم

Cara Minum Rasulullah ﷺ

Anas ibn Malik r.a. mengkhabarkan: “Sesungguhnya Nabi ﷺ menarik nafas di luar bekas minuman sebanyak tiga kali apabila Baginda ﷺ minum.”*º Baginda ﷺ bersabda, “Cara seperti ini lebih menyegarkan/menyihatkan dan menghilangkan haus.” *ºMaksudnya, Nabi ﷺ minum dari sebuah bekas, kemudian bernafas di luar bekas tersebut, kemudian minum atau meneguk lagi diulang sebanyak 3 kali. Demikian juga, hendaklah menyebut nama Allah pada awal setiap kali hendak minum dan memuji Allah sesudahnya. Cara ini lebih elok dan selamat daripada minum dengan sekali gus kerana ia boleh memadamkan kepanasan semulajadi sehingga boleh merosakkan perut dan juga hati.

📚Dipetik dari kitab Syamail Nabi ﷺ

Leave a comment