Islamic – ☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulkaedah 1441H☆

t.me/tadabburkalamullah/1869

☆Tadabbur Kalamullah 7 Zulkaedah 1441H☆

وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ

“Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu” [Surah al-Rahman 9]

#Syeikh Tantawi dalam Tafsir al-Wasit berkata: “Ayat ini menegaskan bahawa Allah telah mensyariatkan keadilan dan melarang sama sekali untuk melanggar batasan. Seruan ini adalah untuk diaplikasikan sepanjang kehidupan terutama dalam timbangan (urusan perniagaan) yang mana urusannya sering berlaku sesama manusia”.

#Islam sangat mementingkan nilai ketelusan, keadilan dan kejujuran dalam semua urusan seharian. Terdapat begitu banyak peringatan di dalam al-Quran dan hadis Nabi yang menyebut tentang pentingnya kejujuran dalam urusan perniagaan, jual beli dan segala urusan kehidupan.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Rifa’ah r.a, katanya:

أَنَّهُ خَرَجَ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِلَى الْمُصَلَّى فَرَأَى النَّاسَ يَتَبَايَعُونَ فَقَالَ:‏ يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ.‏ فَاسْتَجَابُوا لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَرَفَعُوا أَعْنَاقَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ إِلَيْهِ فَقَالَ: إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فُجَّارًا إِلاَّ مَنِ اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ‏

“Suatu ketika dia keluar bersama Nabi saw ke tempat sembahyang lalu Baginda ternampak orang ramai sedang berjual beli. Baginda bersabda: “Wahai para peniaga! Mereka menyahut penggilan Nabi saw itu sambil menjenguk ke arah Baginda”. Nabi saw bersabda: “Pada hari kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur” (HR at-Tirmizi)

#Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a, Nabi saw bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ

“Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid” (HR at-Tirmizi)

#Balasan terhadap kejujuran yang diamalkan dalam perniagaan dan kehidupan, insyaAllah mendapat keuntungan di dunia dengan keuntungan berganda dan mendapat kepercayaan pelanggan, bahkan dikurniakan keistimewaan khusus di akhirat sebagaimana yang disebutkan dalam hadis diatas.

#Oleh itu, jangan sesekali menipu dan tidak adil dalam timbangan dan jual beli, besar azab yang akan dikenakan serta rezeki yang diperolehi tiada keberkatan dan rahmat Ilahi.

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang (dalam timbangan)” [Surah al-Muthaffifin 1]

♡Jujur dalam berniaga adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga dinyatakan secara khusus kedudukan para peniaga yang jujur di dalam Syurga. Menipu adalah satu perkara yang keji dan ditegah oleh Islam dalam apa jua urusan khususnya perniagaan. Maka jangan sesekali menipu. Jujurlah!!♡

🐊Ust naim

TELEGRAM :

Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:

https://t.me/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Leave a comment