





KENYATAAN MEDIA
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
KEJADIAN KEBAKARAN TELAH DIKAWAL DI WAD PERUBATAN PEREMPUAN 1 (PP1), HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU (HSAJB)
Dimaklumkan satu kebakaran telah berlaku di Wad Perubatan Perempuan 1, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) pada jam 2.50 petang, 28 Jun 2020. Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan.
Kejadian ini disedari oleh kakitangan serta waris yang berada di kawasan berkenaan pada jam 2:50 petang. Pasukan Emergency Response Team (ERT) HSAJB telah memulakan usaha memadam api. Pihak BOMBA yang telah tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 3.13 petang. Api berjaya dipadamkan pada kira-kira jam 3.17 petang. Syabas atas kerjasama padu semua pihak.
Wad Perubatan ini adalah di bangunan satu tingkat di hadapan kawasan parkir, dan bukan merupakan bangunan induk. Pesakit dan waris telah dipindahkan ke lokasi lain untuk sementara waktu atas faktor keselamatan dan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan serta rawatan pesakit dapat diteruskan. Perkhidmatan di HSAJB tidak terjejeas dan masih diteruskan seperti biasa.
Pihak berwajib sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kebakaran. Situasi semasa kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DR. AMAN BIN RABU
PENGARAH KESIHATAN NEGERI
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
28 JUN 2020 @ 6:30 petang
