SAHABAT ITU NIKMAT
Sahabat yg paling baik apabila, melihat wajahnya, kita teringatkan Allah, mendengar kata katanya seperti menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya, seperti, teringat akan kematian.🌹
.
Mungkin mudah untuk memiliki sahabat tetapi, berapa ramai yg sanggup menangis dan ketawa bersama? Mungkin juga ramai yg menghurung kita apabila senang, tetapi terbang tinggi menghilang apabila kita dilanda musibah.☘️
.
Ya, betullah persahabatan yg tidak jujur umpama miniti buih di lautan, hamparan buih nan memutih, HANYA INDAH DILUARAN, MELEWATINYA BERERTI MENUJU KEHANCURAN. 🌷
.
Falsafah persahabatan yg dititip oleh tinta emas Buya Hamka, menerusi karyanya, Falsafah hidup. 🌿Mendasari nilai persahabatan adalah takwa kepada tuhan. Firman Allah s.w.t dlm surah al Zukhruf ayat 67,maksudnya Allah SWT berfirman:
اَلْاَ خِلَّآءُ يَوْمَئِذٍۢ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ اِلَّا الْمُتَّقِيْنَ ۗ
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”
.
Hal ini di sokong menerusi sabda Nabi s.a.w yg bermaksud, “Ikatan iman paling kukuh adalah engkau mencintai (mengasihi) seseorang kerana Allah & membencinya kerana Allah (memarahi) juga kerana Allah.” (Riwayat Ahmad) 🦋
.
Ibn Tamiyyah pernah mengungkapkan sebuah perumpamaan mengenai persahabatan. Kata beliau, perumpamaan sebuah PERSAHABATAN dan ukhwah kerana Allah s.w.t adalah SEPERTI TANGAN DAN MATA, jika mata mengalirkan tangisnya maka tangan akan segera menyapu lelehan air mata. Begitulah tatkala tangan itu pula yg terluka, maka mata akan menangis kerana kesakitannya. 💯
📌📌📌
@Sumberilmu
