Islamic

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB:

“Ada sepuluh hal yang tidak akan sempurna, kecuali bila didokong sepuluh hal yang lain, iaitu:

  1. Akal tidak akan sempurna, kecuali jika disertai dengan sifat wara’.
  2. Amal tidak akan sempurna, kecuali jika disertai dengan ilmu.
  3. Kejayaan tidak akan sempurna, kecuali jika disertai dengan rasa takut kepada Allah.
  4. Kekuasaan tidak akan sempurna, kecuali jika disertai keadilan.
  5. Kemuliaan tidak akan sempurna, kecuali jika disertai dengan kesopanan.
  6. Kegembiraan tidak akan sempurna, kecuali jika disertai keamanan.
  7. Kekayaan tidak akan sempurna, kecuali jika disertai dengan kedermawanan.
  8. Kefakiran tidak akan sempurna, kecuali jika disertai dengan qana’ah.
  9. Kemuliaan nasab tidak akan sempurna, kecuali bila disertai dengan kerendahan hati.
  10. Jihad tidak akan sempurna, kecuali jika disertai taufiq.”

IBNU HAJAR AL-ASQALANI
Nashaihul ‘Ibad

Leave a comment