Islamic – Adab dan Sunnah #180

t.me/islamitu_indah/64222

Adab dan Sunnah #180

Aisyah radiallahu anha berkata, “Aku bertanya Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tentang wabak Ta’un. Lalu Rasulullah memberitahuku bahawa,

“Ia adalah azab yang diutuskan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah menjadikannya sebagai rahmat buat orang-orang yang beriman.

Tidak ada seorang pun yang ditimpa wabak Ta’un ini sedangkan dia duduk di dalam negeri tempatnya dengan penuh kesabaran dan bermuhasabah, dan dia faham bahawa tiada sesuatu yang menimpanya melainkan semuanya telah ditentukan oleh Allah, melainkan dia akan mendapat pahala seperti pahala syahid.”

Hadis Riwayat Bukhari

@islamitu_indah

Leave a comment