R A B I A T U L
A D A W I Y Y A H
Apabila Rabiatul Adawiyyah dilahirkan, ibu bapanya teramat miskin sehingga mereka tidak mempunyai wang pun untuk membeli minyak yang menyalakan lampu mereka
Ibu Rabiatul Adawiyyah meminta agar suaminya ke rumah jiran untuk mendapatkan sedikit wang bagi membeli barang-barang keperluan untuk anak perempuan mereka yang baru dilahirkan
Akan tetapi, ayahnya telah berazam untuk meminta pertolongan dari Allah sahaja
Maka, dia pun merayu kepada Allah
Pada malam itu, Rasulullah ﷺ datang kepadanya di dalam mimpi dan memberitahunya bahawa anak perempuannya adalah seorang yang disayangi Allah dan dia akan memimpin ramai kepada Islam
Kemudian, Rasulullah ﷺ menyuruh ayahnya untuk mempersembahkan surat kepada penguasa Basra di Iraq yang mencatatkan bahawa dia telah lupa untuk membaca sebuah awrad pada satu malam, dan dia harus memberi 400 dirham kepadanya
Penguasa itu sangat gembira kerana telah disebut oleh Rasulullah ﷺ lalu dia mentaati perintah Rasulullah ﷺ dengan hati yang girang
Maka, sejak kelahirannya, Rabiatul Adawiyyah membawa berkat kepada mereka di kelilingnya
Dia menetap di sebuah padang pasir dan dia hidup berasingan dari sesiapapun
Dia mencapai tahap iman yang tinggi dan dia akan berkata “Yaa Rabb, jika aku menyembahMu kerana aku takutkan neraka, maka bakarkanlah aku dalam neraka; jika aku menyembahMu kerana aku inginkan Syurga, kecualikan aku dari Syurga; tetapi jika aku menyembahMu untuk Kamu sahaja, maka janganlah Kamu menafikanku KeagunganMu yang abadi”
Apabila dia sudah melanjut usia, Rabiatul Adawiyyah berhijrah ke Palestin, di mana dia mempunyai rumah di atas Gunung Zaitun
Setiap hari, dia akan berjalan kaki ke Al-Aqsa untuk mengajar dan beribadah
Dia tidak bernikah dan tidak mempunyai seorang anak pun dan dia menjalankan hidup yang sederhana
Dia hanya ingin bersama Kekasihnya dan menyembahNya tanpa mengharapkan sesuatu
Dia telah menyerahkan hidupnya dengan sepenuhnya kepada Allah dan dia sedar dia hanyalah hambaNya
Dia tidak meninggalkan sebarang tulisan, tetapi ramai ulama yang hebat telah memperolehi manfaat dari ilmunya dan salah seorang dari mereka adalah Imam Syafi’i
@islamitu_indah
