Health – *πŸ…ƒπŸ„ΈπŸ„ΏπŸ…‚Β &Β πŸ„ΏπŸ„΄πŸ…ƒπŸ…„πŸ„°

t.me/petuabonda/5246

*πŸ…ƒπŸ„ΈπŸ„ΏπŸ…‚ & πŸ„ΏπŸ„΄πŸ…ƒπŸ…„πŸ„°*

β–ͺTegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. In Shaa Allah mujarab.

β–ͺ Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

β–ͺ Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

β–ͺ Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya 3 hari sekali.

β–ͺ Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

β–ͺ Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

β–ͺ Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

β–ͺ Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

β–ͺ Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

@petuabonda

Leave a comment