Health – URAL SACHETS

www.facebook.com/185816391438444/posts/3167907589895961/

URAL SACHETS

Ia adalah serbuk yang dibancuhkan ke dalam air, mengandungi Citric acid anhydrous 0.72g; tartaric acid 0.89g; sodium bicarbonate 1.76g; sodium citrate anhydrous 0.63g per 4g sachet.

Boleh mencubanya jika mengalami rasa sakit ketika kencing, rasa tidak puas kencing, rasa selalu mahu kencing, rasa tidak selesa di bahagian ari-ari.

Ural digunakan untuk air kencing menjadi alkali, bagi merawat jangkitan kuman.

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, satu atau dua sachet boleh dicampurkan dengan segelas air mineral, dan diminum 3-4 kali sehari.

Selepas tiga hari, masih tidak sembuh berjumpalah doctor. Bagi pesakit kronik seperti diabetes mellitus, wanita hamil dan menyusukan anak harus terus berjumpa doctor sebelum menggunakannya.

Ketika menggunakan ubat ini elakkan meminum minuman yang mengandungi caffeine, jus limau atau makanan yang pedas. Ini akan menyebabkan pundi kencing bertambah bengkak dan memburukkan jangkitan kuman.

#HealthDrZubaidi

Leave a comment