PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Keji dan Kasar Ke Neraka
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka.” (HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah
Pengajaran:
1. Malu adalah hasil dari iman
2. Kata Ibnu Umar: Sesungguhnya sifat malu dan iman itu bersamaan, apabila salah satu tercabut, yang satu lagi turut tercabut.
3. Iman itu tempatnya di syurga
4. Perkataan keji kerana ketiadaan iman dan hilangnya sifat malu berpunca dari perangai kasar dan huduh antaranya mengumpat, memfitnah, dan mencaci maki antaranya melalui media sosial seperti FB, WhatsApp, Telegram, Instagram.
5. Perangai kasar dan buruk tempatnya di neraka
Ayuh kita miliki sifat malu dan menjauhi sifat buruk ahli neraka.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
25hb Jun 2020
03hb Zulkaedah 1441H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
