☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulkaedah 1441H☆
هُوَ ٱلَّذِی جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولࣰا فَٱمۡشُوا۟ فِی مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَیۡهِ ٱلنُّشُورُ
“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)” [Surah al-Mulk 15]
#Islam menyeru umatnya untuk berusaha mendapatkan rezeki dan bersungguh-sungguh bekerja dalam meneruskan kehidupan seharian. Namun begitu, Islam sangat mengambil berat terhadap punca rezeki iaitu pastikan yang halal kerana ia menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
مَنْ طلَبَ الدُّنْيَا حلاَلاً اِسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ وَسَعْيًا عَلَى اَهْلهِ وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ. وَمَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلاَلاً مُكَاثِرًا مُفَاخِرًا مُرَائِيًا لَقِىَ اللهَ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانٌ
“Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri dari berminta-minta, dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya, akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat dengan mukanya bagaikan bulan purnama, dan siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong, akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedang Allah murka padanya” (HR al-Baihaqi, Imam Ahmad dan al-Tabarani)
#Ingatlah bahawa setiap rezeki, nikmat atau yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt di mahsyar kelak.
ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ یَوۡمَىِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِیمِ
“Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!” [Surah at-Takathur 8]
#Sabda Nabi saw:
لاَ تَزُولُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيمَا عَلِمَ
“Kaki anak Adam akan tetap tegak berdiri di sisi Tuhannya pada hari Kiamat, hingga dia ditanya tentang lima perkara (iaitu): tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) dia belanjakan dan apa sahaja yang telah dia lakukan dari ilmu yang dimilikinya” (HR at-Tirmizi)
#Disamping itu, bersyukurlah atas nikmat rezeki yang dikurniakan dengan menggandakan ketaatan padanya, membantu orang lain yang memerlukan dan tidak membazir. Selain itu, jangan sesekali memandang lekeh segala nikmat, rezeki yang dikurniakan Allah swt.
#Al-Imam Ibn al-Mubarak di dalam az-Zuhd wa al-Raqaiq meriwayatkan: “Sesungguhnya ada seorang perempuan dari Bani Israil, menyapu najis anaknya dengan potongan roti setelah itu dibuangkannya ke dalam lubang. Allah Azza wa Jalla kenakan hukuman ke atasnya dengan kelaparan, sehingga dia terpaksa makan dari roti yang dibuat sapuan najis anaknya itu”
#Firman Allah swt:
إِنَّ رَبَّكَ یَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن یَشَاۤءُ وَیَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِیرَۢا بَصِیرࣰا
“Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya” [Surah al-Isra’ 30]
♡Allah jadikan bumi ini untuk kita gunakan mencari rezeki dan hidup bahagia di atasnya. Namun demikian, Allah swt tetapkan peraturan dalam mencari, mengurus dan membelanjakan rezeki. Tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya mengikut kehendak nafsu kita. Ingatlah, cari rezeki yang halal dan jauhi rezeki yang haram serta bersyukurlah kepada Allah swt♡
🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
Facebook:
