Makanan apa yang kurangkan rasa lapar. Makan dan rasa kenyangnya lama. Best kan kalau ada makanan macam ni.
.
Bila makan saja dah tak rasa nak mengudap atau berjajan lagi. Rupanya ada makanan yang dapat kurangkan rasa lapar.
.
Saya pun buatlah resepi senang. Macam dalam gambar. Tapi bawah ni saya kongsikan 3 makanan yang beri kesan kenyang lama.
.
1. Kacang cerdik atau pistachio. Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan seperti pendapat kata makan 7 biji kismis jadi cerdik.
.
Walaupun kecil pistachio kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistachios ini kaya dengan vitamin B6.
.
Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah. B6 juga penting untuk pembentukan hemoglobin darah – yang kerjanya oksigen dalam sel darah merah.
.
2. Minyak Zaitun. Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun.
.
Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku apabila neurohormon serotonin juga meningkat di dalam darah. Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual.
.
Menurut pengkaji rahsianya terletak pada dua jenis bau atau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal.
.
3. Avocado. Ni lah pemenang pertama. Avocado kaya denga lemak sihat dan fiber. Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam
jangka masa panjang.
.
Lebih menarik lagi avocado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY. Detail kajian ini ada dalam Faseb Journal tahun 2017.
.
Dalam kajian lain yang lebih terkini dan terNow di jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam mengambil avocado.
Ketiga makanan ini antara 3 pemenang awal. Ada lagi makanan lain yang bantu beri rasa kenyang. 3 ini lebih hebat lagi.
.
Oh ya. Satu perkara hebat tentang avocado. Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Kurus secara natural tanpa lapar.
.
Jangan percaya. Makan jer. Buat macam dalam gambar. Resepi saya kongsi di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti .
.
#DrRizal
