Other’s – Kepala segala gangsterism

t.me/zainurrashid/825

Kepala segala gangsterism

Seluruh penduduk planet bumi mengetahui bahawa regim zionis Israel adalah bapa kepada segala penjahat di dunia.

Kejahatan dan kerosakan yang dilakukan oleh gerakan zionis antarabangsa tidak hanya berakhir di Palestin tetapi juga di seluruh muka bumi menggunakan slogan hak asasi manusia, menentang ekstrimis dan agenda terorisma.

Namun pemimpin negara Arab dan negara umat Islam serta negara-negara antarabangsa yang lainnya bagaikan hilang maruah dan bertindak untuk terus diam membisu.

Umat Islam tidak harus berputus asa dan harapan, kemenangan dan kecemerlangan masa depan kita adalah sesuatu yang telah dijanjikan Allah, biar pun ia akan mengambil masa yang panjang dan perjalanan yang berliku.

Mari bersama kita bangkit untuk membangunkan umat ini dengan kesedaran dan persiapan serta terus bersiapsaga sehingga menemui jalan kemenangan.

Zainur Rashid Z

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

Leave a comment