Allah suka kita meminta.
Mintalah apa saja, tidak ada batas bagi Allah.
Namun, ada 4 perkara yang kita wajib minta.
Apa dia?
1. Lapangkan dada kita
Kita akan berdepan dengan banyaknya ujian. Dengan lapangnya dada, kita akan jadi orang yang tenang. Yang boleh memaafkan kekurangan orang lain. Yang boleh menerima teguran. Yang hidupnya mahu menghiburkan semua.
2. Mudahkan urusan kita
Kita punya urusan bukan satu dua. Malah beribu banyaknya. Maka, perlunya Allah bantu setiap urusan kita bermula dari pagi sampai lah waktu tidur kita nanti. Allah akan bagi cantik je urusan sehari-hari asalkan kita jaga ibadah dan hubungan sesama manusia.
3. Lancarkan lisan kita
Lisan adalah bahasa yang keluar dari mulut kita. Biar cakap kita suami faham. Biar kata kita isteri dengar. Biar apa pun, semuanya memberikan makna dan menghiburkan manusia. Kita minta Allah jaga lidah yang tidak bertulang dan selalu menyakitkan hati orang lain ni.
4. Baguskan ucapan dan akhlak kita
Terima kasih. Maafkan saya. InsyaAllah saya usahakan adalah ucapan yang memberikan impak yang baik pada kita. Nak dapat macam tu memang kena minta pada Allah. Allah akan memudahkan dan menjadikan kita sangat bermanfaat pada orang lain. Orang akan sayang kita. Orang suka kita. Orang nak khianat dengan kita pun tak sanggup sebab Allah jaga.
Begitulah manusia yang selalu meminta pada Tuhannya.
Lalu, Tuhannya amat berbelas kasihan dan selalu menghiburkan mereka yang meminta.
Kredit: Abu Hurairah
@islamitu_indah
