Islamic – ☆Tadabbur Kalamullah 30 Syawal 1441H☆

t.me/tadabburkalamullah/1862

☆Tadabbur Kalamullah 30 Syawal 1441H☆

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَاۤ أَرۡبَعَةٌ حُرُمࣱۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلدِّینُ ٱلۡقَیِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُوا۟ فِیهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلۡمُشۡرِكِینَ كَاۤفَّةࣰ كَمَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ كَاۤفَّةࣰۚ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” [Surah at-Tawbah 36]

#Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya, menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan: “Setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain”.

#Bulan Haram terdiri daripada empat bulan di dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

#Sabda Nabi saw:

الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ، السنةُ اثنا عشر شهرًا، منها أربعةٌ حُرُمٌ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ: ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر، الذي بين جُمادى وشعبانَ

“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah swt menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban”. (HR al-Bukhari)

#Dinamakan bulan Haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah swt mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

#Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Banyakkan amal soleh di bulan-bulan haram seperti:

1. Banyakkan berpuasa

2. Eratkan silaturrahim.

3. Yang bermusuh, damaikanlah

4. Yang berdendam, berlapanglah

5. Yang renggang, rapatkanlah.

6. Banyakkan bersedekah

7. Sibukkan diri dengan perkara kebaikan dan kebajikan.

♡Sempena kedatangan bulan ZULKAEDAH, salah satu bulan haram, di mana Allah swt akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan. Marilah sama-sama kita mempertingkatkan dan menggandakan amalan kita pada bulan Zulkaedah yang telah tiba ini. Semoga Allah mempermudahkan kita dalam beramal terutama di bulan haram, bulan yang suci ini. Aamiiin♡

🐊Ust naim

TELEGRAM :

Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:

https://t.me/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Leave a comment