Kenapa sayang sangat dengan MCA ?
Sejak beberapa PRU yang lalu, MCA jelas tidak boleh menang di kawasan majoriti Cina. MCA dengan mudah dibungkus oleh DAP.
MCA juga tidak boleh mendapatkan para pengundi Cina untuk mengundi calon UMNO.
Jadi mengapa UMNO dan BN atau Muafakat Nasional patut memberi kawasan majoriti Melayu kepada MCA? Tidakkah pemimpin politik Melayu boleh nampak hujah untuk berbuat demikian, sudah tidak ada?
MCA juga jelas kelihatan tidak tahu berterima kasih. MCA tidak membacanya sebagai ihsan atau murah hati orang Melayu tetapi dilihat sebagai kelemahan orang Melayu. Mereka akan menuntut lebih dan lebih banyak kerusi lagi.
Lihatlah juga apa yang MCA tuntut terhadap pengiktirafan UEC, menolak pengenalan jawi di SJKC malahan dapat RM58 juta untuk Kolej Universiti TAR, selain daripada membolot semua jawatan CEO pelabuhan-pelabuhan di semua pelabuhan Pulau Pinang, Klang dan Melaka dan CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Awam malaysia (CAAM) !
Pemimpin politik Melayu mesti menginsafi bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak membentuk 69 % daripada keseluruhan rakyat Malaysia.
Kenapa harus terlalu bermurah hati untuk memberikan terlalu banyak kerusi Parlimen / DUN kepada mereka (MCA) dan kalah pula ?
Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]
