Islamic – JIWA TARBAWI 659

t.me/JiwaTarbawi/917

JIWA TARBAWI 659

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْواهُمْ وَمَنْ يَفْعَلْ ذلِكَ ابْتِغاءَ مَرْضاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً (114)

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf. atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keridaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.

An Nisa’ : 114

Imam Ibnu Katsir menyebut dalam tafsirnya,

Allah berfirman:

(لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْواهُمْ)’Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka’ iaitu (pembicaraan manusia).

( إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ) ‘Kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh [manusia] memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia’ iaitu, (kecuali bisikan orang yang berkata demikian).

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَلَامُ ابن آدم كله عليه لا له إلا ذكر الله عز وجل، أَوْ أَمَرَ بِمَعْرُوفٍ، أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ»

Dari Ummu Habibah yang mengatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: 

“Perkataan anak Adam memudaratkan dirinya, tidak memberikan manfaat bagi dirinya, kecuali zikrullah, atau menganjurkan kebajikan, atau melarang perbuatan mungkar’.” 

أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلم يقول : «لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا، أَوْ يَقُولُ خَيْرًا»

Ummu Kultsum binti ‘Uqbah mendengar dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Bukanlah pendusta, orang yang mendamaikan antara manusia untuk menumbuhkan kebaikan atau berkata baik.”

(HR Imam Ahmad)

“لَمْ أَسْمَعْهُ يُرَخِّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُهُ النَّاسُ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ: فِي الْحَرْبِ وَالْإِصْلَاحِ بَيْنَ النَّاسِ، وَحَدِيثِ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ، وَحَدِيثِ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا.”

Ummu Kultsum binti ‘Uqbah juga berkata: “Aku belum pernah mendengar suatu perkataan manusia yang diberi rukhshah (keringanan), kecuali dalam tiga hal; Dalam peperangan, mendamaikan antara manusia dan perkataan seorang suami kepada isterinya, serta perkataan seorang isteri kepada suaminya.”

(HR Imam Ahmad)

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلِ من درجة الصيام، والصلاة، والصدقة؟»قالوا: بلى يا رسول الله. قَالَ: «إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ» ، قَالَ: «وَفَسَادُ ذَاتِ الْبَيْنِ هِيَ الْحَالِقَةُ»

Dari Abu Darda’, ia berkata: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‘Mahukah kamu Aku beritahu tentang sesuatu yang lebih utama daripada puasa, salat, dan sadaqah?’ Mereka menjawab: ‘Tentu, Ya Rasulullah!’ Baginda bersabda : ‘Mendamaikan antara manusia.’ Baginda bersabda: ‘Sedangkan merosaknya itu adalah pencukur,(Yang mencukur agama)”

HR Abu Dawud ,Tirmizi dan Ahmad

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَبِي أَيُّوبَ «أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى تِجَارَةٍ؟» قال: بلى يا رسول الله. قال «تسعى في إصلاح بَيْنَ النَّاسِ إِذَا تَفَاسَدُوا، وَتُقَارِبُ بَيْنَهُمْ إِذَا تَبَاعَدُوا»

Dari Anas, bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda kepada Abu Ayyub, “Mahukah engkau aku tunjukkan tentang suatu perniagaan?” Abu Ayyub menjawab, “Tentu saja aku mahu, wahai Rasulullah.” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “(iaitu) Usahamu untuk mendamaikan di antara manusia, apabila mereka saling merosak; dan mendekatkan di antara mereka apabila mereka saling menjauh.”

(HR Al-Hafiz Abu Bakar Al-Bazzar)

Justeru, wahai saudaraku jadilah pendamai..

ABi

Leave a comment