Islamic – ☆Tadabbur Kalamullah 29 Syawal 1441H☆

t.me/tadabburkalamullah/1861

☆Tadabbur Kalamullah 29 Syawal 1441H☆

أَمۡ أَمِنتُم مَّن فِی ٱلسَّمَاۤءِ أَن یُرۡسِلَ عَلَیۡكُمۡ حَاصِبࣰاۖ فَسَتَعۡلَمُونَ كَیۡفَ نَذِیرِ

“Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?” [Surah al-Mulk 17]

#Ketika kita melakukan dosa, berbuat maksiat, melawan Allah, mencaci hukum Allah, melakukan perkara syirik, menghina para ulamak, bertengkar, berbalah, berkelahi, memaki hamun, kita tidakkah merasakan bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh para malaikat dan Allah swt?. Bahkan lebih malang apabila kita merasa aman dari seksaan api neraka ketika itu. Sedangkan Allah swt mengatakan sebaliknya yakni bila-bila masa sahaja bahkan saat melakukan dosa dan kejahatan itu, maka didatangkan bala bencana, musibah, kecelakaan dan kebinasaan.

#Sepatutnya kita jangan melakukan kederhakaan yang boleh mengundang murka Allah swt. Ataupun jika melakukan dosa, cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah swt, agar diampuni dn ditahan bala serta kemurkaan Allah agar tidak menimpa kita.

#Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Semua umatku layak diberi keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa secara terang-terangan. Ini termasuklah orang yang melakukan dosa pada suatu malam dan kemudiannya pada waktu pagi walaupun Allah telah menutup dosanya (dan tidak menampakkannya kepada orang ramai) dia berkata: “Wahai fulan! Malam tadi aku telah melakukan (dosa) itu dan ini. Padahal dia menghabiskan malam dalam keadaan Tuhannya menutupinya tetapi di pagi hari menampakkan apa yang Allah swt tutup (pada malam itu)” (HR al-Bukhari)

#Seboleh mungkin hindari daripada melakukan dosa terutama dosa secara terang-terangan dan jangan sesekali menceritakan dosa yang dilakukan kepada orang lain kerana tersangat besar kemurkaan Allah bagi orang yang berbangga menceritakan kejahatannya.

#Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling dimurkai oleh Allah ialah orang yang kuat bertengkar” (HR al-Bukhari)

#Takutlah akan kemurkaan dan bala Allah swt. Kerana datangnya tanpa alamat dan amaran serta dalam pelbagai keadaan yang tidak disangka-sangka. Firman Allah swt:

أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰۤ أَن یَأۡتِیَهُم بَأۡسُنَا بَیَـٰتࣰا وَهُمۡ نَاۤىِٕمُونَ

“Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?”

أَوَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰۤ أَن یَأۡتِیَهُم بَأۡسُنَا ضُحࣰى وَهُمۡ یَلۡعَبُونَ

“Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?”

أَفَأَمِنُوا۟ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا یَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

“Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi” [Surah al-A’raf 97-99]

♡Semoga kita tidak tergolong di kalangan manusia yang kerjanya setiap hari melakukan dosa dan kederhakaan yang mengundang kemurkaan dan laknat Allah. Berhati-hati dan berwaspadalah daripada kebinasaan dan kehancuran disebabkan dosa yang kita lakukan. Bertaubatlah!!♡

🐊Ust naim

TELEGRAM :

Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:

https://t.me/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Leave a comment