Bismillah….
Selain dari pencerahan Fatwa Tuan Mufti berkaitan isu Durian timbang kilo
Dan sebagaimana yg pok janjikan, pok akan perbincangkan isu jualan durian timbang kilo yg seakan2 cara jualbelinya meragukan dari segi syariat islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu; apakah dia termasuk dalam perkara yang halal ataukah yang haram? Maka sesiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya maka dia akan selamat dan sesiapa yang mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir dia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan.”
( Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi dan riwayat ini adalah lafaz al-Tarmizi) (Dr. Yusof al-Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal 37)
Mengambil manafaat dari hadith diatas mengajar kita agar berhati2 pada perkara kesamaran (Syubhat) termasuk lah dalam urusan urus niaga yg meragukan.
Kita tak boleh samakan timbangan ayam atau daging kerana manafaat yg ingin kita beli dapat dilihat dengan mata kasar. Sedang Durian ada kesamarannya… Ada yg nampak elok diluar… Tapi hampa di dalam.
PERTAMA:-
Jika kita ambil kira bab muamalah iaitu usurniaga pada barang (manafaat iaitu isi durian) belum disaksikan (ainun Ghaib), maka hukum tidak sah dan dilarang dlm syariat Islam
Spt contoh:-
seorang nelayan yg mahu ke laut utk menangkap ikan. Maka sebelum ke laut dia sudah berurusniaga dgn pelanggan nya dan mengambil imbuhan (bayaran), bila ditanya tentang ikan(manafaaat) dia tunjuk pada laut yg terbentang luas.
Sama jua dgn urusniaga Durian, bila ditanya akan isinya (manafaat) maka ditunjuk pada buah durian (kulit yg membalut isi) sedangkan pelanggan perlukan isi manakala kulit tidak memberi manafaat pada mereka.
Dibawah ini adalah whatup dari salah seorang sahabat utk dibuat iktibar :-
( Haritu kawan dlm fb bli rm 140.00 sebiji..langsung takda isi d dlm buah tu..heran betul buah skrg ni..)
Soalan pok, dimana ada keredaan bersama dari segi hukum jualbeli dlm syariat islam?
KEDUA
mungkin ada yg berpendapat ianya berbentuk nasib baik (luck). Kalau nasib baik… Ada isi dan seimbang dgn bayarannya, Kalau nasib buruk…. Tidak seimbang dgn bayaran nya dikira hangus (burn) maka redha lah…
Jual beli macam ini mirip kepada perjudian dan amat bahaya dari segi akidah kita. Urusniaga yg bercirikan untung nasib amat dilarang dlm islam. Yg untung hanya pada sebelah pihak sahaja iaitu Peniaga Durian. Timbang dan terima bayaran, manakala pelanggan bergantung pada nasib utk mendapat manafaat nya.
Lebih mirip pada “cabutan bertuah”. Pada asasnya cabutan bertuah jika dibuat tanpa bayaran tertentu ada HARUS.
Contoh:-
“Ambillah sebiji sorang buah durian ni…. Tapi hasilnya isi tak pasti… Bergantung pada nasib seseorang lah” ujar peniaga durian sebagai hadiah/sedekah.
(Ini dibenarkan)
Tapi jika dikenakan bayaran tertentu, ia adalah disifatkan sebagai perjudian dan diharamkan. Terlalu banyak hadith Rasulullah saw yg melarang serta mengancam keras pada urusniaga berunsur perjudian ini. begitu juga dgn dalil Al-Quran spt.
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ” Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”
Surah al-Baqarah (219)
Kerana itu, eloklah kita kembali kepada saranan Tuan Mufti spt diatas. Dibawah pok muatkan apa yg dicerita oleh seorang sahabat pok bagaimana urusniaga durian di masa dahulu. Ianya lebih selamat dlm memdapat rezeki yg halal utk kita dan anak isteri kita:-
( Duluuu..TokWan beli Doyan, bawak taperware besaq..
Bukak kt situ gak, bila ada rosak, ganti yg baru.
Isi tak cukup, tmbah lagi…)
Soal berapa pun bayaran boleh diperbincangkan dgn pelanggan. Bagi yg berminat dan berkemampuan soal harga sudah jatuh no 2 asalkan menafaat nya dapat mereka nikmati.
Ini berlainan dgn keluhan sahabat pok diatas… Bagi pok, usah kata Rm 140…….satu sen tak tidak ada nilai, jika dibawa pulang, dibelah dan dibuang dlm tong sampah je.
Pok melihat prosedur kerajaan Negara Cina lebih konsisten dlm menerima kehadiran buah Durian dari Malaysia. Durian disyaratkan dijual dlam bentuk isi (ditempat dlm polisterin dan dibalut dgn plastik lut sinar) Ini lebih menjamin keadilan semua pihak. Walaupun negara cina itu sendiri tidak mengamal urusniaga berciri patuh syariah. So kita perlu rasa malu dan pihak berwajib perlu ada garis panduan yg ketat dlm urusan jualbeli buah yg bernama DURIAN ini
