Islamic – SERTAI KORBAN DI YAMAN, NEGARA ARAB TERMISKIN DENGAN RISIKO KEBULURAN

SERTAI KORBAN DI YAMAN, NEGARA ARAB TERMISKIN DENGAN RISIKO KEBULURAN

(HANYA 845 PENYERTAAN DIBUKA)

🚨 Alhamdulillah Aman Palestin telah berjaya menyampaikan bantuan Bakul Ramadan kepada rakyat Yaman berjumlah RM88,000 pada Ramadan tahun ini hasil sumbangan para penyumbang.

🚨 Sumbangan ini sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka di sana yang menghadapi konflik selama hampir empat tahun. Dianggarkan 80% penduduk Yaman (24 juta orang) memerlukan bantuan kemanusiaan. Dua pertiga daripada semua daerah di negara Yaman dilanda kebuluran, ditambah dengan wabak Covid-19 yang lebih memburukkan keadaan.

🚨 Aman Palestin tekad untuk terus membantu mereka dengan menganjurkan program ibadah korban di Yaman, kami menjemput anda semua untuk bersama-sama sertai korban di bumi barakah yang didoakan Rasulullah SAW ini.

✅ Sertai pakej korban di Yaman seperti berikut:

🐂 Seekor lembu (7 bahagian) – RM4,200

🐂 Satu bahagian lembu – RM600

🐐 Seekor kambing – RM600

(Bayaran secara ansuran dua bulan Jun-Julai juga diterima*)

*Jumlah bayaran dibahagi dua untuk dua bulan

Hanya 845 penyertaan/bahagian yang dibuka. Penyertaan akan ditutup selepas kuota penuh.

Alhamdulillah sambutan sumbangan untuk Yaman ini begitu menggalakkan pada bulan Ramadan lalu, jangan lepaskan peluang sementara masih terbuka.

CARA SERTAI KORBAN? HANYA TIGA LANGKAH MUDAH👇🏻

1️⃣ Salurkan bayaran korban anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

CIMB: 8600460353

2️⃣ Sertakan maklumat berikut untuk tujuan pendaftaran:

Nama:

Tujuan: Lembu/kambing Yaman

3️⃣ Hantar slip transaksi dan maklumat ke:

019-3357019 (Ustaz Nu’man)

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah permudahkan jalan untuk kita menunaikan ibadah korban bagi tahun ini dan memperolehi pahala di atas kebaikan yang telah kita lakukan.

1 Hari 1 Hadis Palestin

t.me/hadispalestin

Leave a comment