ASSALAMU’ALAIKUM WBT.
#RENUNGANISYAK.
حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (٩٩)
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٠٠)
“Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata, “Wahai tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia).
(Qs Al Mukminun: 99).
“Agar aku beramal soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.”
(Qs Al Mukminun : 100).
Kita hidup atas dunia ini sekali sahaja. Sekali sahaja Allah beri peluang untuk kita buat amal atas muka bumi Allah yang luas ini.
Dunia ini bukan tempat tinggal kita, tapi dunia adalah tempat kita meninggal.
Manfaatkan masa yang masih ada ini untuk sentiasa kita mengingati mati dengan mempersiapkan bekalan kita untuk bertemu Allah dan banyak bertaubat kepada Allah swt.
@islamitu_indah
