ASSALAMUALAIKUM
RENUNGAN SYAWAL
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :
Aku diutuskan utk berseru dan tabligh menyampaikan ajaran dan tidak ada padaku kekuasaan utk memberi hidayah walau sedikitpun. Dan iblis itu dijadikan utk merayu, membisik dan memperhiaskan dan ianya tidak berkuasa utk menyesatkan walau sedikitpun
Justeru itu jgn percaya dan jgn menurut kpdnya walaupun ia bersumpah memberi nasihat kpdmu. Oleh yg demikian itu bagi org yg berakal harus dpt membezakan akan tipu daya syaitan ini dgn melihat apa yg ada dlm dirinya bagi melawan bisikkan syaitan.
Antaranya :
Jika ada sifat rakus dan buruk sangka maka lawn lah dgn kepercayaan akan janji Allah dan qanaah. Dalilnya firman Allah yg bermaksud :
Dan tidak satupun makhluk bergerak (bernyawa) dibumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya
(Hud ayat 6)
DGN INI IANYA DPT MENCEGAH BISIKKAN SYAITAN DGN BERSYUKUR DGN APA YG ADA
Jika ada sifat panjang angan2 maka hadapilah ia dgn mengingati akan mati yg dtg dgn tiba2. Dalilnya firman Allah yg bermaksud :
Dan tidak ada seorang pun yg dpt mengetahui dibumi mana ia akan mati
(Luqman ayat 34)
DGN INI IANYA DPT MENCEGAH BISIKKAN SYAITAN KERANA DGN MENGINGATI MATI DPT MELENYAPKAN PANJANG ANGAN2
Jika ada sifat ujub dan bangga diri maka lawanlah dgn mengingati akan kurnia dan takut pada akibatnya. Dalilnya firman Allah yg bermaksud :
maka diantara mereka ada yg sengsara dan ada yg berbahagia
(Hud ayat 105)
DGN INI IANYA DPT MENCEGAH BISIKKAN SYAITAN KERANA TIDAK ADA SEORANG PUN MENGETAHUI AKAN NASIB DIRINYA SAMADA RUGI ATAU UNTUNG DISANA
Jika ada sifat bakhil dlm diri maka ingatlah bahawa harta itu akan habis. Dalilnya firman Allah yg bermaksud :
Apa yg ada disisimu akan lenyap dan apa yg ada disisi Allah adalah kekal
(An Nahl ayat 96)
DGN INI IANYA DPT MENCEGAH BISIKKAN SYAITAN KERANA DGN BERSEDEKAH ITU AKAN MENGKAYAKAN PAHALA DIAKHIRAT
Jika ada sifat mengharapkan pujian manusia maka ikhlaskanlah ibadah kpd Allah. Dalilnya firman Allah yg bermaksud :
Maka barangsiapa mengharapkan pertemuan dgn Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dgn sesuatupun dlm beribadah kpd Tuhannya
(Al Kahfi ayat 110)
DGN INI IANYA DPT MENCEGAH BISIKKAN SYAITAN KERANA DGN MENGIKHLASKAN IBADAH KPD ALLAH MAKA SEGALA PUJIAN ITU TIDAK AKAN TERKESAN DLM HATINYA
JUSTERU ITU SEBAGAI HAMBA INGATLAH AKAN PERINGATAN DARI ALLAH INI. FIRMAN ALLAH YG BERMAKSUD :
WAHAI ANAK CUCU ADAM! JGN LAH SAMPAI KAMU TERTIPU OLEH SYAITAN SEBAGAIMANA HALNYA DIA (SYAITAN) TELAH MENGELUARKAN IBUBAPAMU DARI SYURGA
(AL A’RAF AYAT 27)
FIRMAN ALLAH YG BERMAKSUD :
SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU MUSUH BAGIMU MAKA PERLAKUKANLAH IA SEBAGAI MUSUH, KERANA SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU HANYA MENGAJAK GOLONGANNYA AGAR MEREKA MENJADI PENGHUNI NERAKA YG MENYALA2
(FATHIR AYAT 6)
RENUNG2KANLAH
@islamitu_indah
