Islamic – Ceria Pagi

🌻Ceria Pagi🌻
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. *BATU JADI PERMATA*

(Sambungan… Selepas pembahagian harta pusaka tersebut, Kak Long berpindah ke rumah pusaka mentuanya kerana rumah tersebut telah diwasiatkan kepada suaminya selaku anak bongsu yang telah banyak berkorban mengkhidmati kedua-dua ibu bapanya dengan bantuan Kak Long sebagai menantunya. Pada hari raya tahun itu, mereka berkumpul di rumah suami Kak Long yang juga abang iparnya. Dalam pertemuan tersebut, adik Kak Long yang pertama memulakan cerita iaitu tanah getah miliknya dan adik-adiknya yang lain akan dimajukan sebagai dusun buah-buahan memandangkan pasaran getah kian merudum. Tambahan pula tenaga kerja yang tidak terjamin kerana hanya bergantung kepada pekerja dari Indonesia dan Thailand sahaja manakala penduduk tempatan semakin kurang yang berminat bekerja sebagai penoreh getah. Manakala adik yang bongsu akan menjadikan tanah dan rumah miliknya sebagai pusat homestay bagi industri Inap desa keluarga mereka. Kak Long amat bersetuju dengan cadangan adik-adiknya dan bersyukur kerana tiada antara mereka yang berhajat untuk menjual tanah pusaka tersebut. Persoalannya, bagaimanakah mereka akan mencari modal untuk merealisasikan impian tersebut memandangkan apabila dicongak secara kasar, ratusan ribu ringgit diperlukan sebagai modal asas. Dalam pada itu ada antara adik Kak Long yang mencadangkan supaya tanah tersebut dicagarkan kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman modal. Namun Kak Long kurang bersetuju dan mencadangkan supaya kaedah lain dicari bagi memastikan tanah pusaka milik mereka tidak lelap tergadai. Kak Long juga meluahkan pengalamannya dalam membesarkan mereka bahawa dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Baginya, berhutang bergadai adalah sesuatu yang menakutkan. Beberapa hari selepas itu rumah Kak Long didatangi seorang pengusaha kilang kuari yang ingin memajak tanah pusaka milik Kak Long bagi mengusahakan tanah batu yang gersang tersebut sebagai kilang kuari dengan pajakan bernilai ratusan ribu dan mungkin jutaan ringgit hasilnya. Dalam hatinya Kak Long amat bersyukur! Tanah pusaka yang jatuh ke tangannya itu lebih berharga berbanding dengan tanah pilihan adik-adiknya. Diringkaskan cerita, tanah bukit yang gersang tersebut bukan hanya sesuai untuk pengeluaran batu kuari semata-mata, bahkan sebahagian daripadanya mengandungi batu permata yang berharga. Dengan hasil perolehan pajakan kilang kuari tersebut, Kak Long membantu adik-adiknya merealisasikan impian mereka. Akhirnya aktiviti Inap desa yang mereka usahakan begitu berjaya dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dalam dan luar negara. Kak Long amat bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengganti kepada kedua-dua ibu bapanya dalam mengasuh, membesar dan mendidik adik-adiknya berjaya dalam kehidupan masing-masing. Begitulah kisah _"BATU MENJADI PERMATA"_ yang perlu kita contohi. Begitulah jugalah anugerah Allah s.w.t kepada seseorang yang baik hati membantu orang lain. Ganjaran tunai dikurniakan Allah s.w.t dengan kesenangan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Bukan mudah untuk mencari insan yang berhati mulia seperti Kak Long dan suaminya Borhan yang banyak berkorban membina keluarga bahagia mereka.

🌷 والله أعلم🌷

Leave a comment