Islamic – ☆Tadabbur Kalamullah 24 Syawal 1441H☆

☆Tadabbur Kalamullah 24 Syawal 1441H☆

ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu..” [Surah al-Maidah 3]

#Salah satu tujuan baginda Nabi saw diutuskan adalah untuk menyempurnakan dan melengkapkan agama ini. Salah satu perkara utama yang dikaitkan dengan penyempurnaan agama ialah berkaitan akhlak yang baik. Sempurna akhlak maka sempurna agama.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ صَالِحَ الأَخْلاَقِ

“Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak perangai yang baik” (HR Ahmad, al-Bukhari dan al-Baihaqi)

#Perkataan أكملت di dalam ayat ini boleh difahami juga dengan maksud أتممت iaitu menyempurnakan. Maka sabda Nabi saw “Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak perangai yang baik” bermaksud aku diutuskan untuk menyempurnakan agama. (Rujuk Syarh Musykil Al-Athar)

#Ini menunjukkan bahawa akhlak yang baik, yang bagus, yang indah, yang sempurna merupakan sebahagian daripada ajaran agama. Jika seseorang itu berakhlak, berperangai dan berperwatakan dengan sifat yang buruk maka ia menunjukkan kekurangan penghayatan di dalam agama serta belum sempurna agamanya.

#Sabda Rasulullah saw:

أَكْمَلُ المُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR at-Tirmizi)

#Sabda Nabi saw lagi:

إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقَائِمِ

“Sesungguhnya seorang mukmin dapat meraih darjat orang yang rajin berpuasa dan solat dengan sebab akhlaknya yang luhur.” (HR Ahmad dan Abu Dawud)

♡Sempurnakan akhlak dan perangai kita seluhur-luhurnya, semoga agama yang kita bawa menjadi sempurna, lengkap serta melayakkan kita beroleh ganjaran Syurga♡

🐊Ust naim

TELEGRAM :

Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:

https://t.me/tadabburkalamullah

Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Leave a comment