Health – 3 MAKANAN TINGKATKAN SISTEM IMUN

3 MAKANAN TINGKATKAN SISTEM IMUN

.

Musim raya ini biasanya akan jumpa rakan dan taulan. Macam macam cerita dikongsi. Antaranya pastilah terlebih makan.

.

“Aku makan macam tak ingat dunia”, kata Chid mulakan cerita episod sesal beliau.

.

“Awalnya ingat dapat bertahan. Masuk rumah jer tengok kuih raya, ketupat, lemang cair aku. Bau satu satu tu yang aku tak tahan. Siap berasap asap lagi, perrgghhh,” sambung Chid lagi.

.

Yang lain pasang telinga. Angguk dan ketawa beramai ramai. “Kami pun macam tu” kata mereka.

.

“Badan pun dah rasa tak selesa. Nak selsema pun ada. Sakit perut, sakit badan pun ada,” tambah Chid lagi dengan senyuman meleret hingga nampak gigi palsu tunggal beliau.

.

“Wei Rizal cerita sikit macam mana nak perbetui ni. Aku rasa teruk dah ni,” tambah Shah pula dengan muka cemas.

.

“Rileks Shah. Tok sah menangis,” kata Din menyakat. Yang lain tumpang ketawa.

.

Apabila makan tidak bersukat, ikut sedap pasti akan ganggu sistem imun. Tubuh berkomunikasi. Beri tanda “aku akan tumbang tidak lama lagi.”

.

Perlu faham bahasa tubuh ini. 3 makanan ini insyaa Allah boleh bantu tingkat sistem imun yang mula merosot.

.

1. Button Mushroom – boleh buat sup. Campur ayam sikit. Dalam cendawan ada mineral seperti selenium.

.

Ada riboflavin. Wujud niacin. Keduanya bantu sistem imun

.

2. Yogurt – mesti plain atau natural. Greek yogurt antara yang terbaik. Boleh tambah buah-buahan segar kalau mahu.

.

Yogurt adalah probiotik. Ada kultur hidup. Sangat bagus untuk bakteria baik dalam usus.

.

3. Bayam – luar biasa sayur yang kita pandang biasa ini. Ia mampu bina sel baru dan baiki DNA. Penuh dengan akti oksida dan vitamin c.

.

Apabila masak pastikan separuh masak. Jangan sampai lunyai. Buat masak air. Boleh juga campur dengan mushroom button.

.

Tubuh, usus dan otak kita nak pakai lama. Bukan sehari. Perlu beri prioriti.

.

Ikut rasa semata boleh membinasa. Ikut ilmu pasti terjaga otak dan tubuh hingga hari tua mu.

.

.

Tips menarik di https://neuroversiti.com/

.

#DrRizal

Leave a comment