ASSALAMUALAIKUM
RENUNGAN SYAWAL
Sahabat ketahuilah bahawa Allah swt telah menjadikan umat islam umat yg terakhir sekali, maka Dia telah berjanji akan memelihara alQuran serta memastikan lahirnya generasi yg akan memikul tugas dakwah. Seandainya kita meneliti sejarah umat islam mulai dari zaman Rasulullah saw sehingga kehari ini kita dapati bahawa umat islam telah diuji dgn pelbagai mcm ujian yg berat namun islam tetap berdiri dgn teguh dan kukuh sehingga kehari ini. Ini menunjukkan bahawa janji Allah itu benar. Buktinya hari ini jika ada segelintir umat Islam yg tidak mengambil berat tentang agama namun msh ada lagi golongan yg bersungguh2 utk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walaupun hari ini ada golongan umat islam yg rosak akhlaknya namun pada masa yg sama ada ramai lagi umat islam yg mempunyai moral dan akhlak yg baik. Walaupun syiar2 islam disesetengah tempat diperlekehkan namun ditempat lain syiar2 islam msh lagi berdiri dgn teguhnya dan begitulah seterusnya tidak akan lenyap drp mukabumi ini sehinggalah sampai kehari kiamat kelak.
Justeru itu sebagai umat Islam hendaknya kita berbangga kerana islam itu agama yg telah diredhai Allah swt dan Allah swt berjanji utk memeliharakannya sehingga hari kiamat. Maka hendaknya bersyukur kpd Allah swt yg menjadikan kita umat terbaik dan JGN KITA JADI ISLAM HANYA PADA NAMA SAJA….
RENUNG2KANLAH
@islamitu_indah
