Other’s – Raja yang berjiwa rakyat

Raja yang berjiwa rakyat

Sepanjang mengenali beberapa YDP Agong semenjak kecil, As Sultan Abdullah kelihatan begitu menjiwai kehidupan rakyat jelata. Di antaranya :

1- Baginda selalu berjamaah subuh di masjid yang berdekatan dengan Istana.

2- Tuanku berdua mudah didekati rakyat awam dalam banyak aktiviti yang disertainya.

3- Baginfa biasa memberhentikan kereta dan meninjau kesusahan rakyat seperti apabila berlakunya kemalangan jalan raya.

4- Baginda biasa mencemar duli dengan makan di premis makanan awam.

5- Baginda cakna dengan perkembangan pengendalian wabak Covid-19 dengan dekat

6- Baginda prihatin dan telah mengendalikan krisis kepimpinan negara dengan pertukaran kerajaan Februari-Mac 2020 lalu dengan penuh cermat dan professional.

Saya menyokong penuh kepimpinan Tuanku dan mendoakan agar Tuanku berdua sihat walafiat serta terus berada di bawah bimbingan taufiq Allah.

Daulat Tuanku !

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

https://www.sinarharian.com.my/article/87856/BERITA/Nasional/Agong-

Leave a comment