ASSALAMUALAIKUM
RENUNGAN SYAWAL
Iman menurut bahasa bererti kebenaran hati manakala menurut istilah ialah membenarkan dgn hati, mengakui dgn lisan dan mengamalkan dgn anggota badan.
Membenarkan dgn hati bermaksud menerima segala apa yg dibawa oleh Rasulullah saw, mengakui(ikrar) dgn lisan bermaksud mengucap syahadah dan mengamalkan dgn anggota tubuh badan bermaksud hati mengamalkan dgn penuh keyakinan manakala anggota tubuh badan mengamalkannya dlm bentuk ibadah bersesuaian dgn fungsinya.
Hebatnya org2 yg beriman ini adalah mereka2 yg tidak mengotori iman mereka dgn perkara2 yg dilarang Allah swt dan Rasul Nya. Mereka sentiasa mendidik hati mereka zikrullah. Mereka berpegang kpd firman Allah yg bermaksud :
Sesungguhnya org2 yg beriman itu ialah org2 yg apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibaca ayat2 Allah kpdnya bertambah imannya sedang mereka itu bertawakal kpd Tuhannya
(Dan) org2 yg mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami berikan kpdnya. Merekalah org2 yg benar2 beriman
(Al Anfal ayat 2 hingga 4)
Maka jelaslah bagi kita bahawa org yg benar2 beriman itu adalah org yg hatinya sentiasa tergerak akan perasaan takut apabila disebut nama Allah. Mereka tidak mengharapkan kpd yg lain kecuali hanya kpd Allah swt sahaja.
Inilah kehebatan mereka yakni org yg benar2 beriman. Bagaimana pula dgn kita? Jawapanya jauh panggang dari api. Inilah kenyataan yg kita hadapi pada hari ini. Benar sekali kenyataan ini kerana cuba kita renungi apabila azan berkumandang dimana kita berada? Ada yg msh dipasar2 mlm bahkan ada yg buat endah x endah saja sedangkan ada sesetengah tempat itu menyediakan tempat utk bersolat. Justeru itu bagaimana mungkin kita dpt menjadi org yg benar2 beriman. Ini baru satu contoh blm yg lain2 lagi. Oleh itu marilah kita didik hati kita agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah swt dgn mergerjakan apa yg suruh Allah dan meninggalkan apa yg dilarang serta menerima segala apa yg dibawa oleh Rasulullah saw. Andai ini dpt kita lakukan maka InsyaAllah kita menjadi org2 yg benar2 beriman….
RENUNG2KANLAH
@islamitu_indah
