Islamic – PESAN IMAM SHAFIE : 10 HAK

PESAN IMAM SHAFIE : 10 HAK

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri

iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut

iaitu mengqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur

iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir

iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan

iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat

iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman & hidup dalam suasana berjamaah

7. Hak kepada Malaikat Malik

iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH swt. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak

8. Hak kepada Malaikat Ridwan

penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.

iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH

iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah.”

Semoga kita dpt menunaikan segala hak2 ini sebelum dipanggil pulang.

Jom zikir,Istighfar & banyakkan selawat dalam kehidupan seharian kita

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَم

Kredit: Majlis Ilmu

@SemuaDlmSatu

Leave a comment