Islamic – “Seseorang yang benar benar faham tentang tauhid,, maka bila melihat segalanya,,

“Seseorang yang benar benar faham tentang tauhid,, maka bila melihat segalanya,, dia akan nampak ALLAH.. Apa yang berlaku di alam sekelilingnya dan apa yang berlaku kepada dirinya,, itu adalah kesan sifat dan perbuatan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala…

Dia bercakap kerana ALLAH yang berkuasa mempercakapkannya,, dia mendengar kerana ALLAH yang berkuasa
memperdengarkannya,, dia bercakap kerana ALLAH yang berkuasa kalamkan,, dia berjalan kerana ALLAH yang berkuasa jalankannya,, dia duduk dalam majlis ilmu kerana ALLAH yang memperdudukkannya…

Seseorang yang faham akan tauhid yang sedemikian maka dia akan terselamat daripada sifat takabbur,, sombong,, ujub,, kagum dengan dirinya sendiri,, kagum dengan kesolehan dirinya,, kagum dengan kemampuan dirinya yang dapat menunaikan perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala…

Segala perbuatan harus di sandarkan kepada ALLAH,, ALLAH yang melakukannya,, ALLAH yang memperbuatkannya,, segalanya adalah taufiq dan hidayah daripada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala…”

[Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari]

Leave a comment