Islamic – P E N E N T U A N T A K D I R

P E N E N T U A N

T A K D I R

Takdir Allah wajib kita beriman dan yakini. Takdir seseorang sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi yakni 50,000 ribu tahun sebelum Allah mencipta langit dan bumi (Hadis Riwayat Muslim)

Takdir terbahagi dua:

1. TAKDIR MUBRAM

2. TAKDIR MU’ALLAQ

TAKDIR MUBRAM (Takdir yang sudah pasti): Takdir jenis ini tidak boleh diubah. Contoh; Setiap yang bernyawa mesti mati. Takdir ini tidak boleh diminta agar jangan dimatikan oleh Allah sebab semua kita pasti mati. Firman Allah, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.” (A-li’Imraan 3:185)

TAKDIR MU’ALLAQ (Takdir yang tergantung): Takdir jenis ini boleh diminta agar diubah oleh Allah. Contoh; Bila kita akan mati, murah rezeki, agar selamat dari musibah, keharmonian rumah tangga sendiri atau rumah tangga anak-anak dan lain-lain lagi

SOALAN: Bila sebaiknya kita berdoa agar Allah tetapkan takdir (nasib) kita yang baik belaka?

JAWAPAN: Kita boleh memohon bila-bila masa saja sepanjang tahun terhadap takdir jenis Mu’allaq ini. Lebih-lebih lagi pada 10 terakhir bulan Ramadan

LAILATUL QADAR

Salah satu maksud Lailatul Qadar ialah malam penentuan takdir

Dalilnya:

“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut),” (Al-Qadr 97:4)

“(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).” (Ad-Dukhaan 44:4)

Dari dua ayat di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa pada setiap malam Lailatul Qadar Allah akan suruh para malaikat agar menulis takdir atau nasib setiap manusia untuk jangka masa setahun mendatang

Oleh itu, manfaatkan masa 10 hari terakhir bulan Ramadan ini agar banyak memohon kepada Allah agar nasib kita baik-baik belaka dalam setahun mendatang

Bersungguh-sungguhlah minta kepada Allah pada malam 10 terakhir Ramadan agar murah rezeki, minta anak atau cahaya mata, agar diberi jodoh yang soleh dan solehah, juga rumah tangga, kejayaan anak cucu dan lain-lain lagi

Hanya Allah Maha Mengetahui

Perkara Yang Benar

@islamitu_indah

Leave a comment