Alhamdulillah masih istiqamah. Orang kata inilah contoh cycle to excellence! Power samgat cycling ni.
.
Kajian di UK ke atas pengayuh basikal amatur berusia 55-79 tahun dapati:
1. Testosterone mereka tinggi
.
2. Body fat mereka lebih stabli. Tiada gelebeh sana gelebeh sini.
.
3. Muscle mass mereka kekal. Body nampak cantik. Ada shape. Chassis tak lari kata orang.
.
4. Sistem imun berkaitan aging meningkat. Nampak awet muda. Ni yang penting ni.
.
Paling dahsyat sekali ialah pasal Thymus yang kerjanya buat sel T. Biasanya Thymus akan mengecil bermula usia 20an. Tetapi Thymus pada geng orang veteran yang berbasikal ni keluarkan lebih banyak Sel T seperti orang muda.
.
Hasilnya apa? Nampak muda remaja. Organ dalaman pun turut muda.
.
Dalam British Medical Journal pula laporkan apabila berbasikal kita kurangkan risiko:
.
1. Mati mengejut sebanyak 40%
.
2. Kanser sebanyak 45%
.
3. Penyakit jantung sebanyak 45%
.
Lebih menarik lagi kajian juga dapati mereka yang berbasikal lebih bahagia berbanding yang duduk terbenam atas sofa.
.
Sihat itu jihad. Jom kita sihat sihatkan diri.
.
#DrRizal

