Amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam AS lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam.
Pada zaman Nabi Adam AS, peristiwa korban saat itu menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia.
Apabila Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan ke bumi, dengan takdir Allah mereka dikurniakan dua pasang anak kembar.
Allah mengarahkan si abang berkahwin dengan kembar si adik, manakala si adik berkahwin pula dengan kembar si abang.
Bagaimanapun, si abang tidak dapat menerima perkara itu dan mengatakan dia berhak berkahwin dengan kembarnya.
Di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27. Maksud Ayat:
“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam yang berlaku dengan sebenarnya iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (si adik) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (si abang).
Berkata si abang: “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”.
Si adik menjawab: “Sesungguhnya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
Berdasarkan ayat itu, kedua-dua adik-beradik itu meletakkan korban masing-masing. Si adik memberikan korban yang terbaik kerana dia pengembala kambing.
Dia memberikan kambing paling elok dan gemuk sebagai persembahan kepada Allah. Manakala si abang pula adalah seorang petani.
Malangnya, dia memberikan hasil pertaniannya yang sudah rosak selain korban yang dilakukan atas dasar hasad dengki. Lalu Allah menurunkan api dari langit dan menyambar korban si adik sebagai isyarat korban itu diterima Allah.
Dalam melaksanakan ibadah kepada Allah, sudah tentu kita tidak kisah berkorban wang ringgit dan harta benda untuk mencapai tahap ketakwaan.
Jadi, kita mestilah melakukannya dengan terbaik sesuai seperti lembu berbaka Belgium yang dipilih oleh pihak kami di Gaza.
Antara hikmah ibadah korban yang umat Islam sambut ketika ini adalah untuk memberi kesempatan kepada golongan miskin merasai nikmat seperti dirasai golongan kaya.
Maka, ibadah itu dapat menyuburkan perasaan kasih sayang sesama manusia seterusnya mendekatkan diri kepada Allah.
Dengan mengalirnya darah haiwan yang dikorbankan itu, diharap terhapus sifat iri hati golongan kurang bernasib baik. Pada masa sama, ia menghilangkan sifat sombong, bongkak dan ego golongan kaya.
Layari korban4gaza.com untuk menyertai sekarang!
Kredit: My Metro
#Korban4Gaza
#FreeGaza
#FreePalestine
#CGM

